Siapa kami
Laman ini dikendalikan oleh Web Impian Sdn. Bhd. (SSM 920163-H), PT 2499 Tingkat 1, Jalan Hospital, Kota Kenangan, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan privasi, hubungi kami di hai@webimpian.com.
Data yang kami kumpul
- Maklumat yang tuan/puan berikan melalui borang sebut harga dan borang di halaman Semakan SPLaSK: nama, jawatan, e-mel rasmi, nombor telefon, nama agensi atau organisasi, negeri, jenis perkhidmatan, kaedah perolehan, nombor rujukan sebut harga atau tender, dan butiran keperluan projek.
- Semakan SPLaSK (/semakan-splask/): server kami membaca laman utama bagi alamat yang tuan/puan masukkan. Server kami membacanya sekali sahaja dan tidak menyimpan kandungannya. Nama domain yang disemak dan skor anggarannya direkodkan dalam Google Analytics untuk menambah baik alat ini. Jika tuan/puan mengisi borang di bawah keputusan, alamat laman yang disemak dan skor anggaran dihantar bersama butiran hubungan tuan/puan.
- Maklumat teknikal yang dikumpul secara automatik semasa tuan/puan melayari laman ini, seperti jenis browser, peranti, halaman yang dilawati dan anggaran lokasi (tahap negara atau bandar), melalui Google Analytics dan penyedia hos kami. Jika tuan/puan membuka laman ini melalui iklan Google, pengecam klik iklan (GCLID) dihantar bersama borang sebut harga.
Kami tidak meminta nombor kad pengenalan, maklumat kewangan atau data peribadi sensitif melalui laman ini.
Tujuan penggunaan
- Menjawab pertanyaan tuan/puan dan menyediakan sebut harga atau maklumat perolehan.
- Menghubungi tuan/puan berkaitan projek atau perkhidmatan yang diminta.
- Memahami penggunaan laman ini secara agregat supaya kami boleh memperbaikinya.
Kami tidak menjual atau menyewakan data peribadi tuan/puan kepada pihak ketiga.
Kuki & analitik
Laman ini menggunakan Google Tag Manager dan Google Analytics 4 untuk statistik penggunaan. Kuki analitik digunakan untuk mengira lawatan dan memahami halaman yang berguna. Kami tidak menggunakan kuki pengiklanan atau penjejakan iklan. Tuan/Puan boleh menyekat atau memadam kuki melalui tetapan browser.
Pendedahan kepada pihak ketiga
Data hanya dikongsi dengan penyedia perkhidmatan yang membantu kami mengendalikan laman ini, iaitu:
- Cloudflare (hos laman web dan keselamatan rangkaian)
- Google (Google Tag Manager dan Google Analytics)
Data juga boleh didedahkan jika dikehendaki oleh undang-undang atau pihak berkuasa yang sah.
Penyimpanan & keselamatan
Laman ini dihantar melalui sambungan HTTPS yang disulitkan. Data pertanyaan disimpan selama tempoh yang munasabah untuk tujuan di atas, atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, dan kemudiannya dipadam.
Hak tuan/puan
Di bawah PDPA, tuan/puan berhak untuk:
- meminta akses kepada data peribadi tuan/puan yang kami simpan;
- meminta pembetulan data yang tidak tepat;
- menarik balik persetujuan dan meminta data tuan/puan dipadam, tertakluk kepada undang-undang.
Hantar permintaan kepada hai@webimpian.com. Kami akan menjawab dalam tempoh yang munasabah.
Pautan ke laman lain
Laman ini mengandungi pautan ke laman luar, termasuk laman agensi kerajaan. Kami tidak bertanggungjawab atas kandungan atau amalan privasi laman tersebut.
Penafian
Portal Kerajaan ialah perkhidmatan Web Impian Sdn. Bhd., sebuah syarikat swasta, dan bukan portal rasmi Kerajaan Malaysia.
Logo agensi yang dipaparkan ialah rujukan projek yang telah disiapkan dan kekal milik agensi masing-masing. Paparan ini tidak membayangkan sokongan atau pengesahan rasmi oleh agensi yang terlibat.
Maklumat di laman ini disediakan untuk rujukan umum. Kami berusaha memastikan ketepatannya, tetapi tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian akibat penggunaan maklumat ini. Rujuk sumber rasmi (contohnya JDN, MOF atau agensi berkaitan) untuk keputusan perolehan.
Perubahan dasar
Kami boleh mengemas kini dasar ini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terakhir dinyatakan di atas.